Isnin, 23 Julai 2012

~lama da tak update~





Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam ramadhan buat semua sahabat yang dirahmati ALLAH.

Semoga setiap dari kita berlumba-lumba mengejar pelbagai tawaran istimewa yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT yang tentu sekali tiada tandingan kebaikan, kemuliaan dan keberkahannya. Mudah-mudahan juga madrasah ramadhan yang kita jalani ini akan membersihkan hati lantas menjadikan kita insan terdidik yang lebih dan semakin baik dari semasa ke semasa...
InsyaALLAH…
 
Ramadhan menjelma lagi, begitu banyak keutamaan yang harus di kecapi oleh umat Islam 
Ayuh, sama-sama kita renungi. Andainya ada ketenangan di hati kita saat ini, maka bersyukur dan ingatlah selalu kepada-Nya. Namun sekiranya ketenangan itu diambil seketika oleh-Nya, maka kembalilah bersegera membawa hati kita kepada-Nya.

Jangan kira berapa baki hari Ramadhan yang harus dilalui tetapi fikirkan berapa banyak amalan kita di bulan Ramadhan yang singkat ini ^_^

Selamat menyambut bulan penuh keistimewaan nie ye teman~teman....


~projek bercraft terpaksa di lupakan untuk sementara waktu... 
~projek berkuih~kuih lak.. hehehehe

~KEK BATIK KU~














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

As Salam semua...
Sila2 la tinggalkan komen anda...
terima Kasih....